Wednesday, August 21, 2013

Bab Dua

Isi Kandungan

2.1 Pengertian
2.2 Asas - Asas Akidah Islam
2.2.1 Kepercayaan Kepada Allah s.w.t.
2.2.2 Kepercayaan kepada Malaikat
2.2.4 Kepercayaan kepada Rasul
2.2.5 Kepercayaan kepada Hari Akhirat
2.2.6 Kepercayaan kepada Qada' dan Qadar
2.3 Pembinaan dan Pengukuhan Akidah
2.4 Faktor - Faktor Yang Membatalkan Akidah
2.5 Peranan Akidah Dalam Pembangunan Ummah


2.1 Pengertian

Akidah, Iman dan Tauhid

Perkataan akidah di dalam bahasa Melayu merupakan perkataan pinjaman daripada bahasa Arab. Di dalam bahasa Arab, perkataan akidah adalah kata terbitan daripada 'aqada yang membawa maksud ikatan dan simpulan tali yang kuat.

Akidah dari sudut istilah ialah perkara-perkara yang dibenarkan oleh jiwa, melahirkan ketenangan di dalam hati tanpa ada rasa syak dan ragu) Akidah juga dita'rifkan sebagai kepercayaan yang pasti dan muktamad, tidak bercampur dengan sebarang syak atau ragu di dalam hati seseorang. Berdasarkan ta'rifan ini dapat disimpulkan bahawa akidah ialah satu keyakinan terhadap sesuatu perkara yang dipegang dengan kuat tanpa keraguan.)

Daripada definisi-definisi ini juga didapati bahawa akidah tidak semestinya sesuatu yang benar. Akidah merangkumi kepercayaan dan pegangan terhadap sesuatu perkara sama ada perkara itu benar ataupun salah. Akidah yang benar adalah kepercayaan dan pegangan yang dibawa oleh semua rasul bermula daripada Nabi Adam a.s sehinggalah nabi terakhir Muhammad s.a.w. yang membawa ajaran Islam. Ini kerana semua perkara yang dibawa mereka adalah merupakan wahyu daripada Allah Taala jauh daripada sebarang penyelewengan dan penambahan akal fikiran manusia yang lemah.

Sebenarnya semua ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi adalah satu. Dasar akidahnya ialah mengesakan Allah dengan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu yang lain. Yang membezakan antara ajaran-ajaran semua utusan Allah ini ialah dari segi syariatnya sahaja.

Akidah yang benar hanya terdapat di dalam Islam. Ini kerana dengan pengutusan Muhammad s.a.w sebagai rasul terakhir maka terbatal semua ajaran langit sebelum ini. Islam yang ajarannya terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah Rasululullah s.a.w. merupakan suatu cara hidup yang dijanjikan Allah ketulenannya berkekalan sehingga hari akhirat Allah Taala berfirman;

Terjemahan: Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya. (Surah al Hijr : 9).

Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan serta keimanan terhadap Allah dan Rasulnya serta apa-apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan dilaksanakan dalam kehidupan. Akidah Islam merangkumi keyakinan terhadap Allah sebagai Rabb dan Ilah serta beriman dengan nama-nama dan sifat-sifatNya, beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan ketetapan Allah Taala sama ada yang buruk ataupun yang baik .

Di dalam membincangkan persoalan akidah terdapat beberapa istilah yang selalu digunakan dan tidak dapat dipisahkan. Perkataan-perkataan itu ialah iman dan tauhid.

Apakah yang dimaksudkan dengan iman dan tauhid? Dan apakah hubungan dua perkataan ini dengan akidah?

Sebenarnya tidak ada percanggahan di antara akidah, iman dan tauhid. Akidah adalah merupakan suatu pegangan dan di dalam sesuatu pegangan itu ada komponen-komponennya yang merupakan kepercayaan-kepercayaan tertentu iaitu keimanan.

Akidah Islam merupakan pegangan ummat Islam dan komponen-komponennya ialah keimanan kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Akhirat dan Qadha' dan Qadar Allah. Manakala tauhid pula ialah proses mengesakan Allah Taala daripada sebarang sekutu. Proses tauhid hanya dikhususkan kepada keimanan kita terhadap Allah Taala sahaja melalui keyakinan kita bahawa Allah adalah pencipta, tempat disembah dan memiliki nama-nama dan sifat-sifat yang tinggi dan indah.

2.2 Asas - Asas Akidah Islam

Akidah Islam merupakan sesuatu yang bersifat Tauqifi iaitu asas-asasnya telah pun ditetapkan Allah Taala melalui lidah Rasulnya Muhammad s.a.w. Asas-asas bagi akidah Islam ialah enam rukun iman yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. kepada Jibril a.s ketika baginda ditanya tentang beberapa soalan antaranya Islam, Iman dan Ehsan.
"Apakah itu iman? Rasul menjawab: Iman ialah beriman kepada Allah, Malaikat, kitab-
kitab, para Rasul, hariakhirat dan Qadar samaada yang baik atau pun yang buruk daripada Allah Taala (Diriwayatkan oleh Muslim)."

Pertama
Kedua
Ketiga
Keempat
Kelima
Keenam

Beriman kepada Allah Beriman kepada Malaikat Beriman kepada Kitab-Kitab Allah Beriman kepada Para Rasul Beriman kepada Hari Akhirat Beriman kepada Qada' dan Qadar

2.2.1 Kepercayaan Kepada Allah s.w.t.

Beriman kepada Allah merupakan asas yang paling penting dalam akidah Islam. Ini kerana Allah s.w.t. adalah sumber dan punca segala-galanya. Beriman kepada Allah s.w.t. bukan semata-mata kepercayaan tentang kewujudan Allah dan kekuasaannya sahaja tetapi menuntut individu muslim memahami dan melaksanakan segala perintahNya. Dengan kata lain konsep beriman kepada Allah ialah beriman dengan kewujudanNya, mengenaliNya, mempelajari apa-apa yang datang daripadaNya dan yakin serta melaksanakan perintah dan petunjukNya.

" Kewujudan Allah s.w.t.

Allah itu wujud. Inilah yang perlu diyakini oleh setiap individu muslim. Namun bagaimana hendak dibuktikan kewujudan Allah s.w.t. Adakah kita boleh buktikan kewujudan Allah sama seperti kita buktikan kewujudan makhlukNya? Dalam memperkatakan tentang bukti kewujudan Allah ini, ulama' telah menetapkan beberapa jalan dan saluran antaranya logik akal dan dalil wahyu.

Saluran pertama ialah dengan menggunakan logik akal manusia. Kewujudan Allah dapat dibuktikan dengan logik bahawa setiap perkara yang wujud di alam ini ada penciptanya. Daripada benda-benda yang sangat mudah dan biasa seperti meja, kerusi, pensel ada penciptanya inikan pula lautan, gunung-ganang dan cekrawala yang kita kagumi apabila melihatnya tentu ada pencipta yang lebih agong menciptakan semua ini. Pencipta semua ini lidak lain adalah Allah s.w.t. Dialah pencipta hakiki semua benda yang ada di bumi dan di langit walaupun manusia menggunakan akal mereka untuk mencipta benda-benda baru dalam memenuhi tuntutan kehidupan. Yang pastinya semuanya datang dari pencipta yang satu iaitu Allah Azza wajalla.

Saluran kedua ialah melalui dalil wahyu. Terdapat banyak ay at-ayat di dalam Al-Quran menjelaskan bahawa Allah adalah pencipta, penguasa dan pemerintah sekelian alam.

Ayat-ayat Al-Quran ini merupakan hujah daripada Allah sendiri. Firman Allah s.w.t. :

ô`¨Br& t,n=y{ ÏNºuqyJ¡¡9$# uÚö'F{$#ur tAt""Rr&ur Nà6s9 šÆÏiB Ïä!$yJ¡¡9$# [ä!$tB $uZ÷Fu;/Rr'sù ¾ÏmÎ/ t,Í!#y‰tn šV#sŒ 7pyfôgt/ $¨B šc%Ÿ2 óOä3s9 br& (#qçGÎ6.^è? !$ydtyfx© 3 ×m""s9Ïär& yì¨B ""!$# 4 ö@t/ öNèd ×Pöqs% tbqä9ω÷ètƒ ÇÏÉÈ "
Terjemahan: bahkan siapakah Yang telah mencipta langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit untuk kamu? lalu Kami tumbuhkan Dengan air hujan itu tanaman kebun-kebun (yang menghijau subur) Dengan indahnya, Yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya. Adakah sebarang Tuhan Yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan mereka (yang musyrik itu) adalah kaum Yang menyeleweng dari kebenaran (tauhid). (Surah al Naml : 60).

Firman Allah s.w.t. :

Terjemahan: Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu Yang telah menciptakan kamu dan orang-orang Yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. (Surah al Baqarah : 21).

" Mengenali Allah s.w.t.

Keimanan kepada Allah Taala menuntut kita untuk mengenaliNya. Mengenali Allah Taala berbeza dengan kita mengenali makhluknya. Ulama telah menetapkan beberapa cara untuk kita mengenaliNya, antara yang paling mudah dan jelas ialah dengan wahyuNya.

Firman Allah s.w.t. :

uqèd ª!$# Ï%©!$# Iw tm""s9Î) žwÎ) uqèd à7Î=yJø9$# â¨r'‰à)ø9$# ãN""n=¡¡9$# ß`ÏB÷sßJø9$# ÚÆÏJø‹ygßJø9$# â""ƒÍ""yèø9$# â'$6yfø9$# çŽÉi9x6tGßJø9$# 4 z`""ysö6ß™ ""!$# $£Jtã šcqà2ÎŽô³ç"" ÇËÌÈ uqèd ª!$# ß,Î=""y‚ø9$# ä-Í'$t7ø9$# â'Èhq|ÁßJø9$# ( ã&s! âä!$yJó™F{$# 4Óo_ó¡ßsø9$# 4 ßxÎm7|¡ç"" ¼çms9 $tB 'Îû ÏNºuq""yJ¡¡9$# ÇÚö'F{$#ur ( uqèdur â""ƒÍoyèø9$# ÞOŠÅ3ptø:$# ÇËÍÈ "
Terjemahan: Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat sejahtera (dari Segala kekurangan); Yang Maha melimpahkan Keamanan; Yang Maha pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi Segala KebesaranNya. Maha suci Allah dari Segala Yang mereka sekutukan dengannya. 24. Dia lah Allah, Yang menciptakan sekalian makhluk; Yang mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut Yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama Yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadanya Segala Yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. (Surah al Hasyar : 23-24).


Kita dapat mengenali Allah dengan mudah dengan kita memahami akan nama-namaNya yang terdapat di dalam himpunan Asma' Al-Husna, bermula dengan Al-Rahman bermaksud Maha Pengasih, Al-Rahim bermaksud Maha Penyayang dan sebagainya.
No. Nama Arab Maksud
1 al-Rahman Maha Pengasih
2 al-Rahim Maha Penyayang
3 al-Malik Maha Merajai/Memerintah
4 al-Quddus Maha Suci
5 al-Salam Maha Memberi Kesejahteraan
6 al-Mukmin Yang Memberi Keamanan
7 al-Muhaimin Maha Pemelihara
8 al-Aziz Maha Gagah
9 al-Jabbar Maha Perkasa
10 al-Mutakabbir Maha Megah, Yang Memiliki Kebesaran
11 al-Khaliq Maha Pencipta
12 al-Barik Yang Membentuk, Menyeimbangkan
13 al-Musawwir Yang Membentuk Rupa (makhluknya)
14 al-Ghaffar Maha Pengampun
15 al-Qahhar Yang Memaksa
16 al-Wahhab Maha Pemberi Kurnia
17 al-Razzaq Maha Pemberi Rejeki
18 al-Fattah Maha Pembuka Rahmat
19 al-Alim Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu)
20 al-Qabid Yang Menyempitkan (makhluknya)
21 al-Basit Yang Melapangkan (makhluknya)
22 al-Khafid Yang Merendahkan (makhluknya)
23 al-Rafik Yang Meninggikan (makhluknya)
24 al-Muiz Yang Memuliakan (makhluknya)
25 al-Muzil Yang Menghinakan (makhluknya)
26 al-Samik Maha Mendengar
27 al-Basir Maha Melihat
28 al-Hakam Maha Menetapkan
29 al-Adl Maha Adil
30 al-Latif Maha Lembut
31 al-Khabir Maha Mengetahui Rahasia
32 al-Halim Maha Penyantun
33 al-Azim Maha Agung
34 al-Ghafur Maha Pengampun
35 al-Syakur Maha Pembalas Budi (Menghargai)
36 al-Ali Maha Tinggi
37 al-Kabir Maha Besar
38 al-Hafiz Maha Menjaga
39 al-Muqit Maha Pemberi Kecukupan
40 al-Hasib Maha Membuat Perhitungan
41 al-Jalil Maha Mulia
42 al-Karim Maha Pemurah
43 al-Raqib Maha Mengawasi
44 al-Mujib Maha Mengabulkan
45 al-Wasik Maha Luas
46 al-Hakim Maka Bijaksana
47 al-Wadud Maha Pencinta
48 al-Majid Maha Sempurna Kemuliaan-Nya
49 al-Bais Maha Membangkitkan
50 al-Syahid Maha Menyaksikan
51 al-Haq Maha Benar
52 al-Wakil Maha Memelihara
53 al-Qawi Maha Kuat
54 al-Matin Maha Teguh
55 al-Wali Maha Melindungi
56 al-Hamid Maha Terpuji
57 al Muhsi Maha Menghitung
58 al-Mubdik Maha Memulai
59 al-Muid Maha Mengembalikan Kehidupan
60 al-Muhyi Maha Menghidupkan
61 al-Mumit Maha Mematikan
62 al-Hai Maha Hidup
63 al-Qayyum Maha Mandiri
64 al-Wajid Maha Penemu
65 al-Majid Maha Mulia
66 al-Wahid Maha Esa
67 al-Ahad Maha Esa
68 al-Samad Tempat Meminta
69 al-Qadir Maha Menentukan, Maha Menyeimbangkan
70 al-Muqtadir Maha Berkuasa
71 al-Muqaddim Maha Mendahulukan
72 al-Muakhir Maha Mengakhirkan
73 al-Awwal Maha Awal
74 al-Akhir Maha Akhir
75 al-Zahir Maha Nyata
76 al-Batin Maha Ghaib
77 al-Wali Maha Memerintah
78 al-Mutaali Maha Tinggi
79 al-Bar Maha Penderma
80 al-Tawwab Maha Penerima Taubat
81 al-Muntaqim Maha Penyiksa
82 al-Afu Maha Pemaaf
83 al-Rauf Maha Pengasih
84 Malik al-Mulk Penguasa Kerajaan (Semesta)
85 Zu al-Jalal wa al-Ikram Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan
86 al-Muqsit Maha Adil
87 al-Jamik Maha Mengumpulkan
88 al-Ghani Maha Memiliki Kekayaan (Maha Kaya)
89 al-Mughni Maha Pemberi Kecukupan/Kekayaan
90 al-Manik Maha Mencegah
91 al-Dar Maha Memberi Derita
92 al-Nafik Maha Memberi Manfaat
93 al-Nur Maha Memberi Cahaya
94 al-Hadi Maha Pemberi Petunjuk
95 al-Badik Maha Pencipta
96 al-Baqi Maha Kekal
97 al-Waris Maha Pewaris
98 al-Rasyid Maha Pandai
99 al-Sabur Maha Sabar

Mengenali Allah juga adalah dengan kita meyakini bahawa Allah adalah pencipta, pemilik dan pemerintah alam semesta dan segala isinya. Begitu juga kita perlu yakini bahawa Allah adalah tuhan yang perlu disembah tanpa ada sebarang perantaraan makhlukNya.

Mempelajari dan memahami ajaran Allah s.w.t.

Beriman kepadaNya juga memerlukan kita sebagai hambaNya mempelajari dan memahami segala ajaran yang diturunkan melalui Al-Quran dan al-Sunnah. Keimanan kepada Allah bukanlah setakat percaya akan kewujudanNya sahaja tetapi termasuk juga segala yang datang daripada Allah Taala.
Terlalu ramai ummat Islam ketika ini mengaku dan beriman kepada Allah Taala namun sedikit sahaja yang mengambil tahu tentang ajaran yang Allah turunkan. Inilah kekeliruan yang berlaku di dalam masyarakat Islam kini.

" Yakin dan melaksanakan petunjuk Allah

Konsep keimanan kepada Allah Taala juga menuntut kita meyakini dan mempraktikkan segala petunjuk dan ajaran Allah Taala. Keyakinan kepada Allah Taala bermaksud yakin dengan kebenaran, kesempurnaan Islam sebagai al-Din yang Syamil, Kamil dan terbaik.

Setelah yakin akan kesempurnaan dan kebenaran Islam pasti akan membawa kepada tindakan mempraktikkan segala suruhan dan ajaran yang ada di dalam Islam.

2.2.2 Kepercayaan kepada Malaikat

Asas kedua di dalam akidah Islam ialah keimanan kita kepada para malaikat. Individu muslim perlu meyakini bahawa para malaikat merupakan yang diciptakan Allah s.w.t. di alam ghaib berbanding manusia diciptakan Allah s.w.t. di alam Nyata. Mereka merupakan makhluk Allah yang sangat patuh dan taat kepadaNya. Ini jelas di dalam Al-Quran ketika menceritakan perihal permulaan kejadian manusia.

Firman Allah s.w.t. :
øŒÎ)ur tA$s% šo/u' Ïps3Í´¯n=yJù=Ï9 'ÎoTÎ) ×@Ïã%y` 'Îû ÇÚö'F{$# Zpxÿ‹Î=yz ( (#þqä9$s% ã@yèøgrBr& $pkŽÏù `tB ߉šøÿム$pkŽÏù à7Ïÿó¡o""ur uä!$tBÏe$!$# ß`øtwUur ßxÎm7|¡çR x8ωôJpt¿2 â¨Ïd‰s)çRur y7s9 ( tA$s% þ'ÎoTÎ) ãNn=ôãr& $tB Ÿw tbqßJn=÷ès? ÇÌÉÈ "
Terjemahan: dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya". (Surah al Baqarah : 30).

Keimanan kepada malaikat juga menuntut untuk kita marasai bahawa kejadian para malaikat adalah merupakan sebahagian daripada bukti keagongan Allah s.w.t.

Kejadian dan hakikat malaikat

Allah mencipta dan menjadikan malaikat daripada cahaya (Nur) berlainan dengan manusia yang dijadikan daripada tanah. Rasulullah s.a.w. menjelaskan; Maksudnya:
Dijadikan malaikat daripada cahaya dan dijadikan jin daripada api dan dijadikan manusia daripada apa-apa yang telah digambarkan kepada kamu(Diriwayatkan oleh Muslim).

Malaikat mempunyai rupa bentuk asalnya dan dalam masa yang sama malaikat diizinkan Allah s.w.t. menyerupai makhluk Allah yang lain. Rupa bentuk asal malaikat ada disebut di dalam Al-Quran.

Firman Allah s.w.t.:
Terjemahan: Segala puji tertentu bagi Allah Yang menciptakan langit dan bumi, Yang menjadikan malaikat utusan-utusan Yang bersayap: dua, tiga dan empat; ia menambah pada bentuk kejadian makhluk Yang diciptakannya apa jua Yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah Fatir : 1).

Rasulullah juga pernah menceritakan rupa bentuk malaikat Jibril kepada para sahabat dengan sabdanya; "Rasulullah s.a. w pernah melihal malaikat Jibril mempunyai enam rantus sayap " (Diriwayatkan oleh alBukhari).

Malaikat juga mampu untuk menyerupai makhluk Allah yang lain dengan izinNya. Ini terjadi ketika Rasulullah s.a.w. didatangai Jibril yang menyerupai seorang lelaki kemudian bertanya kepadanya perkara-perkara berkaitan Islam, Iman dan Ehsan. Begitu juga ketika beberapa malaikat datang menjadi tetamu Nabi Ibrahim dengan rupa manusia.

Kehidupan para malaikat amat berbeza dengan makhluk Allah yang lain, para malaikat tidak makan dan tidak minum, mereka juga bukan lelaki dan bukan perempuan dan tidak tidur.

Mengenai bilangan para malaikat tidak diketahui jumlah sebenar, tetapi ada beberapa penjelasan daripada Al-Quran dan hadith Rasul menggambarkan bilangan para malaikat yang sangat banyak. Allah berfirman:

Terjemahan: tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat Yang menjaga (Keadaannya serta menyimpan catitan mengenai Segala bawaannya). (Surah al Tariq : 4).

Sabda Rasulullah s.a.w.;
Akan dibawa ke neraka jahannam 70,000 ketua malaikat dan setiap daripada ketua malaikat akan diiringi oleh 70,000 'malaikat' ' (Diriwayatkan oleh Muslim).

Rasulullah juga pernah membuat perbandingan antara manusia, jin dan malaikat. Baginda bersabda; "Sesungguhnya Allah mencipta malaikat, jin dan manusia sepuluh bahagian, malaikat ialah sembilan bahagian, jin dan manusia satu bahagian dan daripada satu bahagian dipecahkan kepada sepuluh bahagian kecil, sembilan daripadanya jin, manakala satu bahagian lagi iaiah manusia"

ii) Peranan dan tanggungjawab

Malaikat merupakan makhluk yang diciptakan Allah s.w.t. sebagai kakitanganNya yang mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu. Antaranya ialah;
a) Membawa wahyu kepada para Nabi dan Rasul. Firman Allah s.w.t .:

Terjemahan: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke Dalam hatimu Dengan izin Allah, Yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab Yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Yang beriman". (Surah al Baqarah : 97).

b) Bertasbih, sujud dan tunduk kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t. berfirman;

Terjemahan: Sesungguhnya mereka (malaikat) Yang ada di sisi Tuhanmu tidak bersikap angkuh (ingkar) daripada beribadat kepadaNya, dan mereka pula bertasbih bagiNya, dan kepadaNyalah jua mereka sujud. (Surah al A'raf : 206).

c) Memikul Arasy. Firman Allah s.w.t.

Terjemahan: malaikat Yang memikul Arasy dan malaikat Yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji Tuhannya; (Surah al Ghafir/Mukmin : 7).

d) Memberi salam kepada ahli syurga. Firman Allah s.w.t. :

Terjemahan: Iaitu syurga Yang kekal Yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang Yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; - 24. (memberi hormat Dengan berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu. (Surah al Ra'du : 23).

e) Memohon rahmat dan keampunan untuk orang mukmin.
Allah s.w.t. berfirman:
Terjemahan: serta mereka memohon ampun bagi orang-orang Yang beriman (dengan berdoa merayu): "Wahai Tuhan kami! rahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang Yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka. (Surah Ghafir/Mu'min : 7).


Kesimpulan daripada keimanan kita kepada para malaikat ialah menyedarkan manusia agar meyakini dan menerima kekuasaan Allah yang berkuasa menjadikan apa-apa saja.

Dengan keimanan kepada malaikat juga dapat mendorong rnanusia membersihkan jiwa dan beribadah kepadaNya kerana yakin kewujudan malaikat sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia. la juga mendorong manusia meninggalkan perkara-perkara mungkar malah melakukan kebaikan kerana setiap amalan yang kita lakukan akan dikira dan dicatat oleh para malaikat. Akhirnya keimanan kepada malaikat dapat menyedarkan kita tentang kesempurnaan kerajaan Allah s.w.t.

2.2.3 Kepercayaan kepada kitab

Asas ketiga dalam akidah Islam ialah beriman dengan kitab-kitab yang telah diturunkan Allah kepada nabi-nabi dan rasul-rasulNya.

i) Konsep beriman kepada kitab-kitab Allah
Setiap individu muslim perlu mengetahui dan meyakini bahawa Allah s.w.t. telah mewahyukan kitab-kitab tertentu kepada utusanNya di kalangan nabi dan rasul sebagai panduan mereka dan umat mereka.


Terdapat beberapa kitab samawi yang telah diturunkan Allah kepada utusanNya. Semua kitab-kitab ini telah dijelaskan Allah di dalam Al-Quran, kitab terakhir diturunkan kepada nabi yang terakhir, memansuhkan penggunaan kitab-kitab terdahulu.

a) Suhuf
Suhuf telah diturunkan oleh Allah kepada Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Musa a.s. Allah berfirman di dalam Al Quran:
Terjemahan: Sesungguhnya (keterangan-keterangan Yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di Dalam Kitab-kitab Yang terdahulu, - 19. Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa. (Surah al A'la : 18).

b) Zabur

Kitab Zabur diturunkan Allah sebagai panduan bagi Nabi Daud dan umatnya. Allah menjelaskan di dalam Al-Quran:
Terjemahan: dan Tuhanmu (Wahai Muhammad) lebih mengetahui akan sekalian makhluk Yang ada di langit dan di bumi; dan Sesungguhnya Kami telah melebihkan setengah Nabi-nabi atas setengahnya Yang lain; dan Kami telah memberikan Kitab Zabur kepada Nabi Daud. (Surah Isra' : 55).

c) Taurat
Kitab Taurat pula diturunkan kepada Nabi Musa dan ummat sebagai panduan dalam kehidupan mereka. Allah berfirman:

Terjemahan: dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat Yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, Yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya Yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa Yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa. (Surah al Maidah : 46).

d) Injil
Manakala Injil pula adalah kitab yang diturunkan untuk Nabi Isa dan ummatnya sebagai panduan di dalam kehidupan mereka. Allah telah menjelaskan perkara berikut di dalam ayat di atas. Pengutusan Nabi Isa dan di sisinya Injil adalah pelengkap kepada pengutusan Nabi Musa dan kitab Taurat yang diturunkan kepadanya.

e) Al-Quran
Al-Quran adalah merupakan kitab yang terakhir diturunkan Allah kepada ummat manusia. Kitab ini memansuhkan penggunaan kitab-kitab sebelum ini. Al-Quran diturunkan kepada junjungan besar kita Muhammad s.a.w., menjadi panduan seluruh umat Islam dahulu, kini dan selamanya. Allah berfirman:

Terjemahan: Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya. 3. ia menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab suci (Al-Quran) Dengan mengandungi kebenaran, Yang mengesahkan isi Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan ia juga Yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil. (Surah Ali 'Imran : 2).

Setiap individu muslim perlu meyakini bahawa isi kandungan semua kitab ini adalah sama dalam persoalan akidah. Semua ajaran-ajaran Allah yang wujud di dalam kitab-kitab ini mengajak kepada penyembahan Allah sebagai Rabb dan Ilah tanpa sebarang sekutu. Yang membezakan antara kitab-kitab ini ialah dalam aspek syariatnya sahaja.
Semua kitab-kitab ini diturunkan adalah sangat bersesuaian dengan keperluan setiap ummat itu.

ii) Perbezaan Al-Quran dengan kitab-kitab lain
Terdapat banyak perbezaan Al-Quran dengan kitab-kitab yang pernah diturunkan Allah kepada utusan-utusanNya, antaranya;

a) Beriman dengan Al-Quran menuntut ummatnya memiliki, membaca, memahami, mengamalkan dan menyampaikan. Al-Quran adalah petunjuk dalam seluruh aspek kehidupan manusia, kita sebagai ummat Muhammad sangat dituntut untuk memiliki Al-Quran walaupun sebuah. Malah bukan sahaja memiliki kemudiannya diletakkan di dalam almari sebagai perhiasan, kita dituntut untuk membacanya setiap hari walaupun satu ayat yang pendek. Setelah membaca, dituntut untuk kita memahami isi ajaran yang ada di dalamnya. Keimanan kepada Al-Quran bukan sahaja untuk dibaca dan difahami malah ia menuntut kita mengamalkan segala petunjuk yang ada di dalamnya seterusnya berkongsi bersama masyarakat dengan menyampaikan kepada mereka. Berbeza dengan kitab-kitab lain, kita hanya dituntut untuk meyakini bahawa semua itu diturunkan Allah s.w.t.

b) Kitab-kitab lain yang diturunkan Allah s.w.t sebelum Al-Quran telah berlaku perubahan, penyelewengan dan tidak asli lagi. Isi dan petunjuknya telah bercampur aduk dengan kata-kata manusia yang lemah. Allah berfiman:

Terjemahan: Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya. (Surah al Hijr : 9).

c) Kitab-kitab suci yang lain dikhususkan untuk umat dan zaman yang tertentu sahaja. Berbeza dengan Al-Quran yang sesuai pada setiap masa dan tempat. Isi kandungannya bersifat syumul mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia.

d) Penggunaan bahasa di dalam kitab-kitab suci ini, selain Al-Quran bahasa yang digunakan telah pun pupus ataupun sudah tidak digunakan lagi. Akan tetapi bahasa Arab diguna dan dipertuturkan di mana sahaja di muka bumi ini malah difahami oleh orang ramai.

e) Sejarah pengumpulan kitab-kitab suci lain sangat kabur, manakala bagi Al-Quran, sejarah pengumpulannya amat jelas dan teratur.

iii) Kepentingan beriman kepada kitab-kitab suci

Terdapat beberapa kepentingan beriman kepada kitab-kitab suci yang diturunkan Allah s.w.t. , antaranya;

a) Menjadi garis panduan kepada manusia untuk mengatur perjalanan hidup agar bahagia di dunia dan akhirat.
b) Dengan kitab-kitab suci ini manusia dapat mengetahui perkara-perkara ghabiyyat seperti hari akhirat, malaikat dan perkara-perkara yang tidak mampu dijangkau oleh akal fikiran.
c) Agar manusia meyakini Al-Quran merupakan kitab perlembagaan utama di dalam Islam, seterusnya mengamalkan isi kandungannya secara keseluruhan.
d) Agar manusia dapat menerima dan meyakini Islam sebagai al-Din yang terkandung di dalam kitab-kitab suci yang diturunkan Allah s.w.t. melalui wahyu kepada nabi dari semasa ke semasa sehinggalah kitab yang terakhir Al-Quran.

2.2.4 Kepercayaan kepada Rasul

Asas keempat di dalam akidah Islam ialah keimanan kepada para rasul yang telah diutuskan Allah ke muka bumi.

Setiap daripada individu muslim di dalam beriman kepada para rasul utusan Allah mestilah mengetahui bahawa Allah telah menyedia dan mengutuskan rasul pada setiap ummat. Tujuannya tidak lain hanyalah untuk mengajak manusia menyembah Allah dan menjauhi penyembahan selain Dia. Allah s.w.t. berfirman:
Terjemahan: dan Sesungguhnya Kami telah mengutus Dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada Yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula Yang berhak ditimpa kesesatan. oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah Bagaimana buruknya kesudahan umat-umat Yang mendustakan Rasul-rasulNya. (Surah al Nahl : 36).

Di antara para rasul ini ada yang dimaklumkan Allah kepada ummat manusia dan ada yang tidak dijelaskan. Allah menjelaskan perkara ini di dalam Al-Quran dengan firmanNya:
Terjemahan: dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul Yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, dan Rasul-rasul Yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu. dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa Dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan). (Surah al Nisa' : 164).

i) Peranan Rasul
Rasul adalah manusia yang dipilih Allah Taala sebagai utusanNya dalam menyeru dan mengajak manusia ke jalan yang benar. Ini kerana manusia tanpa bimbingan akan sesat dan daripada kesesatan itu akan mengundang kekacauan seterusnya kezaliman dan penindasan berlaku sesama manusia.

ii) Kebenaran Rasul
Di dalam mengajak dan menyeru ke jalan yang benar, Allah mengurniakan kepada mereka mukjizat sebagai hujah kebenaran pengutusan mereka sebagai seorang rasul.
Antara contohnya ialah, Nabi Ibrahim yang tidak hangus dibakar api yang panas. Perkara ini jelas diceritakan di dalam Al-Quran. Allah s.w.t . berfirman:

Terjemahan: (setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: "Bakarlah Dia dan belalah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya!" 69. Kami berfirman: "Hai api, Jadilah Engkau sejuk serta Selamat sejahtera kepada Ibrahim! ". (Surah al Anbiya : 68).

Begitu juga dengan nabi-nabi lain seperti Nabi Musa dengan mukjizat tongkat yang dapat membelah lautan yang besar. Ini dijelaskan Allah s.w.t. dalam firmanNya:

Terjemahan: lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Pukulah laut itu Dengan tongkatmu". (setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian Yang terbelah itu terangkat seperti Gunung Yang besar. (Surah al Syu'ara' : 63).

Dan mukjizat yang terbesar diberikan kepada utusan Allah ialah AI-Quran. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagai tanda dan mukjizat buatnya menunjukkan bukti kebenarannya. Allah mencabar ummat manusia agar mendatangkan beberapa ayat ciptaan mereka yang dapat menandingi Al-Quran. Sememangnya manusia tidak akan mampu mencipta ayat-ayat kalam Allah setanding Al-Quran.
Selain mukjizat, ulama ada menjelaskan beberapa bentuk dan cara lain menentukan kebenaran seseorang manusia yang bergelar rasul dan nabi Allah ini, antaranya ialah pengkhabaran daripada nabi sebelumnya dan pertolongan dan bantuan Allah dalam kerja-kerja dakwahnya.

iii) Kepentingan beriman kepada para rasul
a) Menunjukkan kesatuan dan hubungan antara semua para rasul di mana mereka semua adalah penerus agama Allah yang berasaskan akidah tauhid.

b) Menunjukkan bahawa agama yang benar hanya satu sahaja iaitu Islam yang dibawa oleh semua para rasul.

2.2.5 Kepercayaan kepada Hari Akhirat

Asas kelima di dalam akidah Islam ialah beriman kepada Hari Akhirat. Hari Akhirat merupakan alam tempat kita berada sesudah kita mati dan berkekalan di sana.
Tuntutan keimanan kepada hari akhirat ialah setiap daripada individu muslim perlu mempercayainya dan meyakini tentang adanya kehidupan selepas alam dunia ini. Manusia akan berpindah dari alam ini menempuh alam akhirah dengan perantaraan kematian. Semua jiwa akan merasai mati dan sebelum kita menempuhi alam akhirat, Allah akan mematikan seluruh jiwa yang ada, yang membezakan ialah bila? Ada yang telah merasai mati, ada yang akan merasai mati pada bila-bila masa dari sekarang sehinggalah malaikat yang ditugaskan Allah untuk meniup Sangkakala melenyapkan semua jiwa kecuali Allah Taala. Allah Taala menjelaskan:
Terjemahan: tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan). (Surah al Ankabut : 57).

Allah s.w.t . juga berfirman :

Terjemahan: dan janganlah Engkau menyembah Tuhan Yang lain bersama-sama Allah. tiada Tuhan melainkan dia. tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan zat Allah. bagiNyalah Kuasa memutuskan Segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan (untuk dihitung amal masing-masing dan menerima balasan). (Surah al Qasas : 88).
Di dalam Islam dunia umpama alam percubaan, manusia diberi peluang oleh Allah untuk beramal sama ada amalan itu menjurus kepada kehendakNya atau terpesong daripada jalanNya. Alam Akhirat merupakan alam pembalasan setiap amalan yang kita lakukan dan di sanalah tempat yang kekal abadi tanpa kematian lagi.

i. Hakikat Hari Akhirat

Hari Akhirat sebenarnya berlaku di dalam beberapa peringkat dan setiap daripada peringkat-peringkat itu mempunyai pengkhususannya sendiri.

a) Alam Kubur
Alam kubur ialah alam akhirat bagi semua jiwa bermula dengan kematian. Setiap jiwa akan merasai mati dan setiap jiwa pasti merasai alam kubur sama ada jiwa itu dikuburkan ataupun terkubur. Hal ini dinyatakan di dalam hadith;

Sesungguhnya alam kubur adalah tahap pertama untuk ke alam akhirat, jika seseorang telah selamat pada lahap ini untuk ke tahap seterusnya akan lebih ringan dan sekiranya tidak selamal pada tahap ini maka untuk ke tahap seterusnya akan lebih dahsyat(diriwayatkan oleh at Tirmizi)

Manusia akan mula menerima pembalasan di atas kerja buatnya di dunia pada alam ini. Rasul s.a.w. bersabda dengan maksudnya;
Kubur itu sama ada menjadi satu laman daripada taman-taman syurga ataupun satu lubang daripada lubang-lubang neraka

b) Hari Kebangkitan
Hari kebangkitan iafah peringkat kedua hari akhirat. Bermulanya hari kebangkitan sesudah semua jiwa dimatikan dan berlakunya kiamat. Setelah itu seluruh jiwa akan dibangkitkan. Allah Taala berfirman;
Terjemahan: semasa mereka semuanya dibangkitkan hidup semula oleh Allah (pada hari kiamat), lalu diterangkan kepada mereka Segala Yang mereka telah kerjakan. Allah telah menghitung amal-amal mereka itu satu persatu, sedang mereka telah melupakannya. dan (ingatlah), Allah menjadi saksi akan tiap-tiap sesuatu. (Surah al Mujadalah : 6).

c) Hari Perhimpunan
Setelah dibangkitkan, manusia akan berkumpul di suatu tempat yang dinamakan Padang Mahsyar sementara menunggu waktu pembentangan amalan di hadapan Allah Taala. Disebut oleh Rasulullah s.a.w. bahawa manusia dikumpulkan di padang mahsyar dalam beberapa kumpulan maksudnya;

Manusia dikumpulkan pada hari kiamat kepada tiga golongan; satu golongan dalam keadaan berjalan kaki, satu golongan lain berkenderaan dan golongan yang ketiga mereka berjalan dengan muka-muka mereka (diriwayatkan oleh al Tirmizi)

d) Perbentangan Amalan
Setelah semua berkumpul di padang mahsyar, tiba waktu dibentangkan amalan masing-masing ketika di dunia. Manusia akan dapat melihat setimpal amalan yang dilakukan sendiri sama ada yang baik mahupun yang buruk. Allah s.w.t . berfirman:
Terjemahan: maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! 8. dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (Surah al Zalzalah : 7).

e) Hisab dan Timbangan Amalan
Setelah dibentang seluruh amalan ketika di dunia, setiap amalan ini akan dihisab, diaudit dan ditimbang oleh Allah Taala dan Allah sendiri yang akan memberi keputusan. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;
Tidak berganjak lapak kaki seseorang hamba sehinga dia disoal dengan empat perkara; Tentang umumya untuk apa dihabiskan, masa mudanya untuk apa digunakan dan hartanya darimana diperolehi dan untuk apa dibelanjakan dan apakah amalan yang dilakukannya dengan sesuatu yang diketahuinya (diriwayatkan oleh al Tirmizi)

f) Titian Sirat
Setiap manusia akan melalui titian ini, Allah menjelaskan di dalam Al-Quran;

Terjemahan: dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara Yang mesti (berlaku) Yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu. 72. kemudian Kami akan selamatkan orang-orang Yang bertaqwa, dan Kami akan biarkan orang-orang Yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal berlutut di Dalam neraka itu. (Surah Maryam : 71).

g) Balasan Syurga atau Neraka
Tempat dan destinasi terakhir di hari akhirat ialah syurga bagi yang selamat dan neraka bagi yang malang. Allah s.w.t . berfirman;
Terjemahan: setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang Yang berat timbangan amal baiknya, - 7. maka ia berada Dalam kehidupan Yang senang lenang. 8. sebaliknya orang Yang ringan timbangan amal baiknya, - 9. maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah" 10. dan apa jalannya Engkau dapat Mengetahui, apa Dia "Haawiyah" itu? 11. (Haawiyah itu ialah): api Yang panas membakar. (Surah al Qari'ah : 6-11).

ii. Kepcntingan beriman dengan Hari Akhirat
a) Agar manusia yakin akan kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t. yang berhak melakukan apa-apa sahaja dengan kehendakNya termasuklah Hari Akhirat. la merupakan rahsia Allah Taala yang wajib diimani oleh setiap individu muslim.

b) Agar manusia berhati-hati dan mengambil iktibar terhadap apa-apa yang berlaku di Hari Akhirat lantas membuat persediaan dan bekalan untuk menemui Allah nanti.

c) Mempertingkatkan lagi keimanan dengan merasai keagongan Allah s.w.t. dalam segenap aspek termasuklah pemilik Hari Akhirat.

d) Melembutkan hati-hati manusia dengan mengingati mati dan Hari Akhirat.

e) Menggalakkan individu muslim melakukan ma'ruf dan meninggalkan kemungkaran di kehidupan ini.

f) Melahirkan manusia yang gigih berusaha, berdedikasi dalam amalannya seterusnya memahami tanggungjawab diri sebagai khalifah di muka bumi Allah Taala ini.

2.2.6 Kepercayaan kepada Qada' dan Qadar

Asas yang terakhir di dalam akidah Islam ialah beriman kepada Qada' dan Qadar yang melibatkan takdir dan ketetapan Allah Taala. Takdir ialah ketentuan Allah Taala terhadap makhlukNya terutama manusia.

i. Pengertian Qada' dan Qadar
Apabila persoalan Qada' dan Qadar ini melibatkan persoalan takdir, maka takdir ataupun ketentuan ini boleh dibahagikan kepada dua;

Pertama: Ketentuan tentang sesuatu yang berlaku secara semulajadi atau nature dan mengandungi sebab musababnya. Contohnya makan > mengenyangkan, api > membakar dan minum > menghilangkan kehausan, sebaliknya jika kita tidak makan pasti tidak mengenyangkan, tidak minum pasti tidak akan menghilangkan kehausan. Inilah yang disebut sebagai Qada' Allah Taala. Allah berfirman :

Terjemahan: Allah mengetahui akan apa Yang dikandung oleh tiap-tiap ibu, dan mengetahui apa Yang kurang dari Yang dikandung Dalam rahim itu atau Yang lebih. dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya Dengan kadar Yang tertentu. (Surah al Ra'du : 8).

Manusia diberi pilihan dalam menjalani hidupnya melalui akal fikiran yang dikurniakan Allah kepadanya dan semua ini berada di dalam lingkungan Qada' Allah Taala.
Kedua: Ketentuan Allah terhadap makhlukNya tanpa diberi pilihan untuk memilih terutama kepada manusia. Allah menentukan keluasan tertentu bagi bumi dan langit, seseorang itu dilahirkan lelaki ataupun perempuan, cacat atau sempurna dan di dalam pelbagai bangsa. Semua penetapan ini telah ditulis di Luh Mahfuz dengan ilmu Allah Taala yang bersifat azali. Ketentuan inilah yang disebut sebagai Qadar Allah Taala. Allah berfirman:
šš/u'ur ß,è=øƒs† $tB âä!$t±o" â'$tFøƒs†ur 3 $tB šc%Ÿ2 ãNßgs9 äouŽzÏƒø:$# 4 z`"ysö6ß™ "!$# 4'n?"yès?ur $£Jtã tbqà2ÎŽô³ç" ÇÏÑÈ
Terjemahan: dan Tuhanmu menciptakan apa Yang dirancangkan berlakunya, dan Dia lah juga Yang memilih (satu-satu dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan); tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari pilihan Allah). Maha suci Allah dan Maha Tinggilah keadaannya dari apa Yang mereka sekutukan dengannya. (Surah al Qasas : 68).

Sememangnya di dalam membincangkan persoalan qada' dan qadar Allah ini timbul beberapa persoalan dan perbincangan yang tidak sepatutnya. Ini berlaku kerana ummat Islam tidak memahami bahawa persoalan ini sifatnya tauqifi iaitu tidak boleh menggunakan prinsip analogi akal fikiran manusia semata-mata. Penafsirannya hanya boleh dilakukan dengan berpandukan Al-Quran dan Al-Sunnah disebabkan ianya adalah rahsia Allah Taala. Oleh itu asas keimanan kepada Qada' dan Qadar Allah ialah kepercayaan bahawa Allah Taala adalah pencipta yang mempunyai sifat-sifat yang agong.

Ulama telah membuat beberapa penetapan di dalam persoalan Qada' dan Qadar Allah ini, antaranya,

a) Menjadi kewajiban individu muslim beriman kepada Qada' dan Qadar Allah Taala.
b) Sumber yang hanya dibenarkan untuk memahami Qada' dan Qadar ialah Al-Quran dan Al-Sunnah, bukannya akal manusia semata-mata.
c) Perlu menjauhi sifat mahu mendalami isi kandungan permasalahan Qada' dan Qadar. Bukannya mahu menyekat penggunaan akal fikiran tetapi di dalam rangka menjaga akal fikiran daripada berfikir perkara-perkara yang tidak mampu.

ii) Kekeliruan di dalam memahami konsep Qada' dan Qadar.
Telah berlaku kekeliruan dalam memahami konsep Qada' dan Qadar ini. Mereka mengatakan apa gunanya melakukan sesuatu amalan sedangkan Allah sudah menetapkan semuanya malah telah ditetapkan siapa yang akan masuk syurga dan neraka. Malah yang lebih teruk lagi, apabila seseorang itu melakukan kejahatan, mereka sandarkan kejahatan itu dengan takdir. Persoalannya kenapa kekeliruan ini berlaku?

Sebenarnya bukanlah kekeliruan atau kekaburan yang berlaku tetapi punca utamanya ialah kejahilan manusia itu sendiri. Bukan itu sahaja, mereka juga sebenarnya menolak keimanan kepada Qada' dan Qadar secara sengaja kerana terlalu mengikutkan nafsu. Kenapa hanya apabila mereka melakukan kejahatan, perbuatan itu disandarkan kepada takdir? Kenapa tidak disandarkan kepada takdir dengan melakukan kebaikan dan ma'ruf? Sesungguhnya mereka hanyalah mengikut hawa hafsu.

Allah Taala jelas menyuruh manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, malah di dalam berusaha melakukan sesuatu perkara dituntut kepada manusia mengambil semua daya usaha yang mampu diambil di samping berdoa meminta pertolongan daripadaNya.

Oleh itu bagi individu muslim, sikap yang perlu ada dalam menerima ketentuan Illahi ini ialah;

a) Menerima dan redha.
b) Bersabar dalam menghadapi dugaan.
c) Bersyukur apabila dikurniakan nikmat daripada Allah Taala.
d) Berusaha dengan mengambil semua sebab-musabab.
e) Berdoa.
f) Tawakkal.

iii) Kepentingan beriman kepada Qada' dan Qadar
a) Dapat melahirkan kehidupan yang bahagia kerana mempunyai konsep akidah yang betul dan tanggapan yang benar terhadap Allah Taala.
b) Dapat mengelak seseorang itu daripada berputus asa di dalam kehidupannya yang penuh dengan dugaan dan cabaran.
c) Dapat melahirkan kehidupan yang lebih cemerlang dan berjaya.

2.3 Pembinaan dan Pengukuhan Akidah

Keimanan dan ketauhidan yang jitu kepada Allah s.w.t bukanlah suatu perkara yang mudah, lanya perlu disirami dan dibajai dari masa ke semasa dengan hati yang betul-betul ikhlas kepada Pencipta Yang Maha Esa. Keikhlasan akan membawa ke arah pembentukan insan yang bertaqwa. Ketaqwaan inilah yang melambangkan keperibadian mukmin yang hebat di sisi Allah s.w.t. Untuk menjadi mukmin yang hebat, Islam telah menggariskan kaedah-kaedah atau bentuk-bentuk yang tertentu ke arah pembinaan dan pengukuhannya supaya tidak tergelincir dari landasan Islam yang sebenar. Antaranya ialah:

i) Ilmu
Penguasaan ilmu yang mendalam akan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan arif di dalam persoalan-persoalan keimanan serta tidak akan melakukan sesuatu secara membuta tuli atau menurut hawa nafsu. Keimanan tanpa ilmu yang kukuh juga, akan menyebabkan berlakunya kesesatan di dalam kehidupan manusia.

Ilmu akidah merupakan teras bagi seseorang Muslim yang bergelar Mukmin. la berasaskan kepada keterangan samada dalil naqli (Al-Quran dan Al-Hadith) dan dalil aqli (akal yang logik dan tidak bercanggah dengan keterangan dalil naqli). Kewujudan Allah s.w.t. dan mentauhidkanNya dapat dibuktikan dalam firman Allah s.w.t . :

Terjemahan: Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa lalu ia bersemayam di atas Arasy; ia melindungi malam Dengan siang Yang mengiringinya Dengan deras (silih berganti) dan (ia pula Yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (Semuanya) tunduk kepada perintahNya. ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha suci Allah Yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. (Surah al A'raf : 54).

Terjemahan: "Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku. (Surah Taha : 14).

Terjemahan: Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; 2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; 3. "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan; 4. "Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya". (Surah al Ikhlas : 1-4).

ii) Mengelakkan Diri Dari Suasana Dosa Jahiliah

Tujuan pengutusan Rasulullah s.a.w., salah satu daripadanya ialah untuk menyelamatkan dan mengeluarkan manusia dari belenggu kesesatan (Jahiliah). Di zaman pra Islam, masyarakat Arab terutamanya, hidup di dalam kesesatan dan tidak mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah s.w.t. Banyak amalan-amalan yang dilakukan bercanggah dengan naluri dan tuntutan kehidupan manusia yang diciptakan Allah s.w.t. Antaranya, penyembahan berhala, pembunuhan kanak-kanak perempuan hidup-hidup, wanita sebagai pemuas hawa nafsu, judi dan arak berleluasa, golongan lemah ditindas manakala golongan yang kuat akan berkuasa dan sebagainya.

Firman Allah s.w.t. :

Terjemahan: dan Bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan Dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w)? dan sesiapa berpegang teguh kepada (ugama) Allah, maka Sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan Yang betul (lurus). (Surah Ali 'Imran : 101).

Terjemahan: dan sesiapa Yang mengerjakan sesuatu dosa maka Sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Surah Al Nisa' : 111).

iii) Iltizam Meninggalkan Yang Haram

Seseorang manusia yang hidup di dunia sebagai Darul Fana' (negeri yang binasa) dan hidup di akhirat sebagai Darul Baqa' (negeri yang kekal abadi) hendaklah membentuk diri mereka dengan iman dan akidah yang benar. Ini adalah disebabkan akidah yang benar akan memandu manusia ke arah kehidupan yang lebih diredhai oleh Allah s.w.t. Akidah juga akan membentuk diri manusia menjadi mukmin dan muslim yang hebat. Dengan sebab Allah s.w.t. menyuruh umat manusia di dalam kehidupan seharian mereka, melakukan yang terbaik dan mengikut segala perintah Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t . :
Terjemahan: oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan kepada RasulNya serta kepada penerangan cahaya Al-Quran - Yang Kami turunkan. dan (ingatlah), Allah amat mendalam pengetahuannya akan Segala Yang kamu kerjakan. (Surah At Taghabun : 8).

Keimanan yang kukuh kepada Allah s.w.t. juga akan melindungi seseorang itu daripada melakukan sesuatu mengikut telunjuk hawa nafsu sahaja. Keimanan yang benar dan di redhai oleh Allah s.w.t akan membezakan samada seseorang itu mukmin atau kafir. Kekufuran menyebabkan kemurkaan dari Allah s.w.t. Kemurkaan dari Allah s.w.t. akan membawa kehancuran dalam kehidupan manusia. Oleh itu akidah merupakan agen yang memandu manusia ke arah kehidupan yang sejahtera di dunia dan di akhirat.
Firman Allah s.w.t . :
Terjemahan: dan di antara mereka pula ada Yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah Kami dari azab neraka". (Surah al Baqarah : 201).

iv) Iltizam Melakukan Ibadah

Firman Allah s.w.t . :

Terjemahan: dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Surah al Dzariyat : 56).

Akidah Islam menjadi asas utama di dalam agama, dan Allah s.w.t. menjadikan manusia untuk menyembah dan beribadah kepadaNya yang menghubungkan di antara manusia dengan Allah s.w.t.

Manusia yang sentiasa berpegang teguh dengan konsep ibadah ini, diberi jaminan oleh Allah s.w.t. akan sentiasa berada di jalan yang benar lagi lurus. Mereka akan mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah s.w.t. Keimanan mereka akan bertambah dari semasa ke semasa. Iman yang kukuh akan melahirkan individu yang hebat kedudukannya di dunia dan di akhirat.
Firman Allah s.w.t. :
Terjemahan: dan Bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan Dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w)? dan sesiapa berpegang teguh kepada (ugama) Allah, maka Sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan Yang betul (lurus). (Surah ali 'Imran : 101).

Manusia yang betul-betul ikhlas beramal ibadah kepada Allah s.w.t., akan mendapat dua kelebihan yang hebat berbanding mereka yang tidak beribadah kerana Allah s.w.t.

Pertama: Manusia dapat menghubungkan dirinya dengan Allah s.w.t. pada semua perkara dan pekerjaan yang dilakukan seperti yang tertera di dalam Tauhid Rububiyyah Allah, iaitu mengiktikadkan dengan iktikad yang pasti bahawa Allah s.w.t. Yang Maha Esa dan berkuasa adalah Pencipta dan Pentadbir seluruh alam ini.

Kedua: Perhubungan manusia sesama manusia, di mana akidah ini akan mengikat dan menyatukan di bawah satu kalimah tauhid (syahadah) iaitu: "Aku bersaksi tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu adalah pesuruh Allah".

Seterusnya ikatan ukhuwwah juga akan terjalin kukuh sepertimana tertera di dalam Al-Quran, Allah s.w.t. berfirman:

Terjemahan: sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Surah al Hujurat : 10).

v) Taubat Dan Berdoa
Akidah Islam tidak akan kukuh sekiranya tidak diiringi dengan kita selalu bertaubat dan berdoa kepada Allah s.w.t. Taubat dan berdoa merupakan senjata mukrnin yang ampuh dan kuat.

Sebagai manusia biasa yang diciptakan Allah s.w.t. kita kadang-kadang tidak terlepas dari melakukan dosa dan maksiat. Nafsu dan iblis yang menggoda menjadikan kita lupa kepada amanah Allah s.w.t yang diberikan kepada kita. Hasutan dan godaan yang melalaikan ini menyebabkan kemurkaan Allah s.w.t. kepada hamba-hambaNya.

Firman Allah s.w.t
Terjemahan: dan Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan Yang jelas nyata (Al-Quran), dan tidak ada Yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang Yang fasik. (Surah al Baqarah : 99).

Pelanggaran perintah Allah s.w.t. oleh manusia, memerlukan tindakan yang cepat dari manusia apabila mereka menyedarinya, bahawa itu suatu kesalahan yang besar di sisi agama. Maka bersegeralah bertaubat dan berdoa kepada Allah s.w.t. dengan hati yang suci dan bersih. Mudah-mudahan taubat dan doa mereka didengari dan diterima oleh Allah s.w.t. Seterusnya memasukkan mereka ke dalam golongan orang-orang yang bersih jiwanya kepada Allah s.w.t.
Bertaubat mestilah dalam ertikata yang sebenar-benamya. Berjanji dengan Allah s.w.t. bahawa kita tidak akan mengulangi lagi perbuatan buruk tersebut yang besar dosanya di sisi Allah s.w.t. kerana taubat yang sebegini sahaja yang akan diterima oleh Allah s.w.t.
2.4 Faktor - Faktor Yang Membatalkan Akidah

Seseorang itu dianggap terkeluar daripada iman dan Islam apabila dia beriktikad, berkata-kata atau melakukan perbuatan yang membatalkan ikrar dan tasdiq dua kalimah syahadah dan diwajibkan kepada Kerajaan Islam melaksanakan hukum murtad (hudud) ke atasnya.

Berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w, Al-Imam At-Tahawi menyenaraikan empat perkara asas yang membatalkan iman iaitu:

i) Mengingkari sifat Rububiyyah dan mencelanya.

Terjemahan: Dengan berkata: "Akulah Tuhan kamu, Yang tertinggi". (Surah An Nazi'at : 24).

Atau mengaku dirinya berkuasa memiliki, memberi rezeki dan mentadbir selain daripada Allah s.w.t. atau bersekutu dengan Allah s.w.t. Dan menjadi kafir juga orang-orang yang ikut atau mempercayai sesiapa yarig membuat pengakuan tersebut.

ii) Mengingkari atau mencela Asma' Allah s.w.t dan sifat- sifatNya
Allah s.w.t. dan RasulNya s.a.w. telah mensabitkan bagiNya beberapa nama (Asma') dan sifat, di samping menafikan beberapa sifat. Maka sesiapa yang menafikan atau mengurangkan apa yang disabitkan oleh Allah s.w.t. atau yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w, maka dia menjadi kafir. Begitu juga orang-orang yang mensabitkan bagi Allah s.w.t. apa yang dinafikan oleh RasulNya s.a.w.

Adapun mengkafirkan sifat-sifat Allah s.w.t. dan Asma'Nya itu dengan dua cara, iaitu kafir Nafi dan kafir Ithbat. Kafir Nafi itu ialah menidakkan mana-mana sifat Allah s.w.t. seperti menafikan ilmuNya. QudratNya dan lain-lain sifat yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Juga termasuk menafikan sifat dan mentakwilkan dengan takwil yang mengurangkan atau menghadkan kesempurnaan Allah s.w.t., seperti orang yang mengaku Allah s.w.t. itu bersifat ilmu tetapi ilmu secara ijmal, Dia tidak mengetahui secara tafsil dan detail atau menyamakan sifat Allah s.w.t. dengan sifat makhluk.

Kafir Ithbat itu ialah menetapkan mana-mana sifat kekurangan atau sifat yang mustahil bagi Allah s.w.t. sedangkan Allah s.w.t. dan RasulNya menafikan sifat itu, seperti menyatakan Allah s.w.t. itu mempunyai anak, isteri atau sekutu-sekutu, Allah s.w.t. itu mengantuk, tidur, lalai, mati dan sebagainya. Begitu juga orang-orang yang mengaku bersifat seperti Allah s.w.t. maka kafirlah orang yang berkata begitu dan kafir juga orang yang mempercayainya.

iii) Mengingkari atau mencela sifat Uluhiyyah.
laitu perkataan atau perbuatan atau iktikad yang mengingkari bahawa Allah s.w.t. sahaja yang disembah dengan sebenarnya, yang lain daripadaNya tidak berhak disembah dan diabdikan diri kepadaNya dengan pengertian ibadah. Maka sesiapa yang berkata atau beramal atau beriktikad dengan cara yang bercanggah dengan UIuhiyyahNya, maka kafir dan murtadlah dia. Dan kekafiran inilah yang paling banyak berlaku di kalangan manusia. Sesungguhnya kebanyakan manusia sejak dahulu hingga sekarang mengakui Tauhid Rububiyyah dengan mempercayai kudrat Allah s.w.t., tadbirNya, rezekiNya, Dialah yang menghidupkan dan mematikan, iaitulah apa yang dimaksudkan oleh firman Allah s.w.t .
Terjemahan: dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah Yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka Bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)? (Surah al Zukhruf : 87).

Tetapi mereka mengingkari di dalam iktikad, perkataan dan perbuatan terhadap Uluhiyyah Allah s.w.t. seperti beribadat kepada yang lain daripada Allah s.w.t., mengakui hukum dan undang-undang yang lain daripada syariat Allah s.w.t. dengan hati dan lidah.

iv) Mengingkariatau mencela Rasulullah s.a.w. atau kerasulannya.
laitu perkataan dan perbuatan atau iktikad yang menafikan atau mencela kerasulan atau peribadi orang yang menjadi Rasul s.a.w. dan mengingkari apa-apa yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. seperti tentang kebangkitan selepas mati, tentang mahsyar, hisab, mizan, sirat, syurga, neraka dan lain-lain lagi daripada perkara-perkara ghaib. Begjtu juga mengingkari Al-Quran dengan apa cara sekalipun kerana Al-Quran itu disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. bahawa ianya dari Allah s.w.t. Begitu juga mengingkari hukum yang sabit menurut nas Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. yang diketahui oleh setiap orang Islam seperti wajibnya solat, puasa, zakat, haji, halal dan haram melainkan mengingkari perkara-perkara yang diketahui oleh orang-orang yang berilmu sahaja, maka dimaafkan kerana jahilnya tetapi tiada maaf lagi setelah diberitahui.

Berkata al-Iman Ibn Hajar al-Haitami di dalam kitabnya: "Di antara perkara-perkara kufur dan syirik itu ialah seseorang yang berazam untuk menjadi kafir dan syirik sama ada dalam masa yang dekat atau jauh, atau mentaklidkan dengan lidahnya dan hatinya untuk menjadi kafir walaupun dengan perkara yang mustahil pada akal, maka dia menjadi kafir itu juga. Atau secara ingkar dan bersenda-senda seperti beriktikad dengan qadimnya alam, atau menafikan apa yang di wajibkan bagi Allah s.w.t. dengan ijmak dan diketahui oleh umum umat Islam seperti menafikan ilmu Allah s.w.t. itu terbatas, ataupun mensabitkan apa yang nafi bagi Allah s.w.t. seperti menetapkan warna bagiNya".

Begitu juga mengharuskan ada Nabi selepas daripadanya atau melahirkan keraguannya seperti berkata : 'Saya tidak tahu sama ada yang dibangkitkan di Mekah mati di Madinah atau orang lain.' Atau mengatakan bahawa jadi Nabi itu boleh diusahakan, atau menyatakan wali itu lebih tinggi martabatnya daripada nabi dan malaikat, melaknatnya atau memakinya atau mempersendakannya. Kemudiannya Ibn Hajar menyatakan bahawa menjadi kafir juga orang yang meredhakan kafir seperti menasihatkan orang kafir supaya jangan masuk Islam.

2.5 Peranan Akidah Dalam Pembangunan Ummah

Akidah merupakan asas utama dalam pembinaan masyarakat Islam merangkumi seluruh bidang kehidupan mereka. Persoalan ini telah dilaksanakan secara gigih oleh Rasulullah s.a.w. Beliau telah berusaha dengan segala tenaga yang ada pada beliau untuk menanamkan akidah yang mantap dalam hati masyarakat Arab jahiliah. Usaha-usaha yang baginda jalankan di Makkah telah berjaya melahirkan watak-watak seperti Bilal bin Rabah, keluarga Yasir dan lain-lain yang sanggup berkorban apa sahaja daripada harta benda, uyawa dan tenaga untuk membela kesucian Islam daripada dipermain-mainkan oleh musuh-musuh Islam.

i) Ketaatan.
Umat Islam yang memiliki akidah yang mantap akan dapat melaksanakan segala perintah yang diturunkan oleh Allah s.w.t. dan RasulNya dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh kerelaan dan tanpa dipaksa oleh sesiapa. Manakala bagi golongan yang tidak memiliki kekuatan akidah mereka tidak berupaya untuk melaksanakan segala perintah Allah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka. Hal ini telah jelaskan oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya yang bermaksud:
Terjemahan: `Dan Bahawa Sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan Yang berugama Islam, dan ada pula golongan Yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan Yang benar; maka sesiapa Yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan Yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan Yang benar, 15. ` adapun orang-orang Yang menyeleweng dari jalan Yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka jahannam. ' (Surah  al Jin: 14).

Oleh itu umat Islam yang berakidah tidak akan sanggup melakukan sebarang kemungkaran samada secara terangan atau secara tersembunyi kerana mereka sangat meyakini bahawa Allah s.w.t. sentiasa melihat perbuatan mereka walaupun sekecil-kecilnya.

ii) Bermatlamat.
Umat Islam yang memiliki akidah yang kuat dapat memahami dengan jelas akan matlamat kehidupan mereka samada untuk kepentingan dunia dan juga akhirat. Mereka mempunyai kesedaran bahawa tujuan mereka diciptakan adalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dalam segenap lapangan kehidupan mereka. Justeru itu, semua tindakan, perbuatan dan apa jua kerjaya yang mereka ceburi adalah selari dengan matlamat penciptaan mereka sebagaimana yang telah digariskan oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya:
Terjemahan: katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Surah  al An'am : 162).

Orang yang berakidah ini sama sekali tidak akan sanggup melakukan penyelewengan, penipuan, penyalahgunaan kuasa, mengamalkan rasuah, politik wang dan sebagainya kerana mereka menyedari balasan dari Allah s.w.t . Firman Allah s.w.t. :
Terjemahan: "Dan tuntutlah Dengan harta kekayaan Yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah Engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya Yang melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat kerosakan ". (Surah  al Qasas : 77).

Terjemahan: maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! 8. dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (Surah  al Zalzalah : 7-8).

iii) Keperibadian.
Umat Islam yang berakhlak adalah lahir dari ummah yang berakidah. Tanpa akidah tidak mungkin umat Islam akan memiliki akhlak yang mulia. Permasalahan yang wujud kebelakangan ini merupakan jawapan yang paling jelas bahawa dunia hari ini sedang menghadapi penyakit moral  dan akhlak yang amat kronik. Oleh itu akidah amat memainkan peranan penting dalam pembentukan peribadi ummah masa kini. Kesemua Sarjana Muslim memperakui bahawa akidah merupakan pemangkin kepada pembinaan peribadi mulia.

Situasi ummah mutakhir ini diakui dengan jelas tokoh pemikir Islam yang terkenal di abad ini, Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi. Menurut beliau, kegagalan terakhir yang dideritai oleh umat ini adalah kegagalan dalam pendidikan keimanan dan pendidikan akhlak sehingga muncul di tengah-tengah ummah tindakan-tindakan menyimpang dari nilai-nilai yang menjadikan umat Islam sebagai umat yang terbaik.

Falsafah-falsafah Barat seperti pragmatisme, hedonisme, individualisme dan sebagainya tersebar luas di kalangan umat Islam. Perkara yang amat menyedihkan ialah umat Islam tidak mengambil nilai-nilai yang baik dari masyarakat Barat hasil dari teori yang mereka cipta, tetapi sebaliknya memilih nilai-nilai yang paling buruk daripada mereka, khususnya dalam perkara-perkara yang bersifat hedonistik dan perhambaan kepada nafsu syahwat.

Menurut al-Qardhawi, persoalan akhlak bukanlah perkara remeh bagi sesuatu bangsa, malah ia adalah suatu keperluan yang harus dipenuhi untuk kebangkitan, kemakmuran dan keteguhan sesuatu bangsa. Jika akhlak sudah tiada maka yang berkuasa ialah hawa nafsu dan kepentingan peribadi, maka kepimpinan ummah akan menjadi muflis dalam segala ragam dan bentuk. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. :
Terjemahan: kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan Yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka), 60. kecuali orang-orang Yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun, - (Surah  Maryam : 59-60).

iv) Dinamis.
Umat Islam yang berakidah memiliki daya kekuatan untuk memahami sesuatu isu dalam masyarakat dengan membuat penilaian secara kritis di antara kebenaran dan kepalsuan. Dengan itu pemikiran mereka tidak mudah dipesongkan oleh sebarang unsur yang menyeleweng dari garis panduan Islam yang sebenar. Ummah yang berakidah juga akan bertindak secara progresif dan dinamis dengan melakukan penyelidikan secara terperinci terhadap sesuatu isu yang berlaku dalam masyarakat. Ini bermaksud ummah yang berakidah tidak menerima sesuatu maklumat secara bertaklid kepada mana-mana pihak kerana Allah s.w.t. menuntut agar mukmin menyelidiki sumber maklumat dan tidak mudah menerima apa yang ada dalam masyarakat. Al-Quran amat menekankan kepentingan menyelidiki sesuatu perkara sebelum membuat keputusan mengenainya terutama pada perkara-perkara yang melibatkan masyarakat dan kepentingan ummah. Ini terkandung dalam firman Allah s.w.t. yang meminta mukmin agar tidak mudah menerima berita yang dibawa oleh orang fasik, tanpa menyelidiknya terlebih dahulu kerana tindakan tersebut kemungkinan akan menyebabkan mereka menjatuhkan sesuatu hukuman terhadap seseorang berasaskan kejahilan dan mereka akan menyesal di atas tindakan tersebut di akhirat kelak.
Terjemahan: Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan. (Surah  al Hujurat : 6).

v) Ekonomi.
Dengan cara mematuhi ajaran-ajaran Islam dan mempunyai aqidah yang mantap lagi jelas ekonomi Islam dapat dibangunkan. Sepertimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dalam firmanNya:

Terjemahan: dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk Yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah Yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. semuanya itu tersurat di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz) Yang nyata (kepada malaikat-malaikat Yang berkenaan). (Surah  Hud : 6).

Maksud menjadikan kamu pemakmurnya ialah kita semua diperintahkan supaya membangunkan dan memakmurkan bumi dengan pertanian, perindustrian dan apa jua bentuk kemakmuran. Kita diminta membangunkan ekonomi, meningkatkan ilmu pengetahuan, meningkatkan kemakmuran dan memajukan pertanian. Malahan kita diminta membuat peningkatan dalam semua lapangan kehidupan dengan syarat kita terus memelihara terlebih dahulu nilai-nilai kita, ajaran-ajaran agama kita dan segala bentuk muamalat kita hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang diharuskan oleh syariat Islam.

Sekiranya Barat telah membebaskan diri mereka daripada nilai-nilai kemuliaan dan daripada tanggungjawab syarak serta mengenepikan keikhlasan ibadat kepada Allah maka kita tidak seharusnya mengikut jejak langkah mereka dalam hal ini. Akan tetapi dalam waktu yang sama, kita perlu menyaingi mereka dan melakukan apa yang mereka lakukan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kemajuan sains dan penciptaan moden. Cuma perbezaan antara Islam dan mereka ialah kemajuan Islam berlandaskan ketaatan kepada Allah s.w.t. manakala kemajuan mereka dipenuhi dengan kebendaan dan menyimpang daripada mentaati Allah s.w.t.

vi) Politik
Umat Islam yang berakidah adalah ummah yang memahami status diri mereka yang sebenar sebagai khalifah Allah di muka bumi iaitu pemimpin menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan sebaiknya. Mereka percaya semua perilaku mereka akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t. sepertimana firman Allah s.w.t. :
Terjemahan: mereka itu adalah satu umat Yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa Yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa Yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa Yang telah mereka lakukan. 135. dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: "Jadilah kamu pemeluk ugama Yahudi atau pemeluk ugama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk". Katakanlah (Wahai Muhammad: "Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa Yang kamu katakan itu) bahkan Kami mengikut ugama Nabi Ibrahim Yang tetap di atas dasar Tauhid, dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik". (Surah  al Baqarah : 134-135).

Ayat ini secara tidak langsung akan menghindarkan diri seseorang pemimpin yang berakidah dari terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan kuasa, gejala rasuah, pecan amanah dan sebagainya.